Alhamdulillah, keputusan Penilaian Menengah Rendah telah dikeluarkan pada jam 10.00 pagi tadi. Analisa Kementerian Pendidikan yang diumumkan di Putrajaya mendapati bilangan pelajar yang memperoleh semua 'A' meningkat iaitu sebanyak 0.65% menjadikan jumlahnya 30,863 orang pelajar berbanding 28,188 pada tahun lepas. Dari keputusan ini menampakkan peningkatan prestasi pelajar yang semakin berlumba-lumba untuk menuntut ilmu.
Pelajar SMK Raja Tun Uda (SMKRTU) juga tidak kurang hebatnya apabila menampakkan peningkatan iaitu sebanyak 98 orang pelajarnya mendapat semua 'A' dalam PMR dan 2 orang daripadanya adalah dari kelas 3 Murni.
Setinggi syukur Alhamdulillah sekali lagi dan tahniah diucapakan kepada semua pelajar di seluruh Malaysia umumnya dan pelajar SMKRTU khasnya. Anda adalah pewaris generasi mendatang. Bagi yang kurang bernasib baik, bersabar dan teruskan usaha. Usah kecewa kerana anda masih ada masa untuk membuktikan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sumber: - BERNAMA
- Berita TV9
- Unit Peperiksaan SMKRTU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan