Alhamdulillah, keputusan Penilaian Menengah Rendah telah dikeluarkan pada jam 10.00 pagi tadi. Analisa Kementerian Pendidikan yang diumumkan di Putrajaya mendapati bilangan pelajar yang memperoleh semua 'A' meningkat iaitu sebanyak 0.65% menjadikan jumlahnya 30,863 orang pelajar berbanding 28,188 pada tahun lepas. Dari keputusan ini menampakkan peningkatan prestasi pelajar yang semakin berlumba-lumba untuk menuntut ilmu.
Pelajar SMK Raja Tun Uda (SMKRTU) juga tidak kurang hebatnya apabila menampakkan peningkatan iaitu sebanyak 98 orang pelajarnya mendapat semua 'A' dalam PMR dan 2 orang daripadanya adalah dari kelas 3 Murni.
Setinggi syukur Alhamdulillah sekali lagi dan tahniah diucapakan kepada semua pelajar di seluruh Malaysia umumnya dan pelajar SMKRTU khasnya. Anda adalah pewaris generasi mendatang. Bagi yang kurang bernasib baik, bersabar dan teruskan usaha. Usah kecewa kerana anda masih ada masa untuk membuktikan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sumber: - BERNAMA
- Berita TV9
- Unit Peperiksaan SMKRTU
kami mendahului
alumnimurni, kelas pertama di smk raja tun uda yang memiliki Blogspot, wordpress , facebook & twitter.Teruskan mengikuti kami di keempat-empat laman ini.
Khamis, 23 Disember 2010
Isnin, 6 Disember 2010
Salam Maal Hijrah
Pihak pentadbir AlumniMurni SMK Raja Tun Uda (AMSMKRTU) mengucapkan salam Maal Hijrah 1432 hijrah/2010 masihi kepada semua warga AMSMKRTU khususnya dan seluruh umat islam am nya. Maal Hijrah bukanlah hanya membawa makna sambutan tahun baru walaupun rata-rata itulah yang difahami ramai dari kita. Sebaliknya Hijrah bermaksud berubah atau berpindah seperti sabda Rasulullah S.A.W:
المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Oleh itu, marilah kita berubah diri kita agar lebih baik pada tahun ini berbanding tahun-tahun terdahulu.Sesungguhnya "Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" SYUKRAN.
Langgan:
Catatan (Atom)