kami mendahului

alumnimurni, kelas pertama di smk raja tun uda yang memiliki Blogspot, wordpress , facebook & twitter.Teruskan mengikuti kami di keempat-empat laman ini.



Sabtu, 12 Februari 2011

Bila bakal Bertemu lagi?

  Sudah masuk hampir 3 bulan pelajar 3 Murni 2010 berpisah. Meskipun bukan kesemuanya, tetapi rasa rindu mula berputik di dalam diri. Bila, bagaimana, dimana menjadi persoalanya sekarang. Walau bagaimanapun, kami pelajar 3 Murni 2010 akan saling berdoa agar kita ketemu lagi. Keep Me In You Du'a.

Khamis, 23 Disember 2010

Keputusan PMR

 Alhamdulillah, keputusan Penilaian Menengah Rendah telah dikeluarkan pada jam 10.00 pagi tadi. Analisa Kementerian Pendidikan yang diumumkan di Putrajaya mendapati bilangan pelajar yang memperoleh semua 'A' meningkat iaitu sebanyak 0.65% menjadikan jumlahnya 30,863 orang pelajar berbanding 28,188 pada tahun lepas. Dari keputusan ini menampakkan peningkatan prestasi pelajar yang semakin berlumba-lumba untuk menuntut ilmu.

 Pelajar SMK Raja Tun Uda (SMKRTU) juga tidak kurang hebatnya apabila menampakkan peningkatan iaitu sebanyak 98 orang pelajarnya mendapat semua 'A' dalam PMR dan 2 orang daripadanya adalah dari kelas 3 Murni.

 Setinggi syukur Alhamdulillah sekali lagi dan tahniah diucapakan kepada semua pelajar di seluruh Malaysia umumnya dan pelajar SMKRTU khasnya. Anda adalah pewaris generasi mendatang. Bagi yang kurang bernasib baik, bersabar dan teruskan usaha. Usah kecewa kerana anda masih ada masa untuk membuktikan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber: - BERNAMA
              - Berita TV9
              - Unit Peperiksaan SMKRTU

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah

Pihak pentadbir AlumniMurni SMK Raja Tun Uda (AMSMKRTU) mengucapkan salam Maal Hijrah 1432 hijrah/2010 masihi kepada semua warga AMSMKRTU khususnya dan seluruh umat islam am nya. Maal Hijrah bukanlah hanya membawa makna sambutan tahun baru walaupun rata-rata itulah yang difahami ramai dari kita. Sebaliknya Hijrah bermaksud berubah atau berpindah seperti sabda Rasulullah S.A.W:

المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Oleh itu, marilah kita berubah diri kita agar lebih baik pada tahun ini berbanding tahun-tahun terdahulu.Sesungguhnya "Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam" SYUKRAN.

Ahad, 21 November 2010

gambar profile baru di facebook/twitter

kami kini telah menukar gambar profile kami di facebook dan twitter.berikut ialah gambar profile baru kami:



Rabu, 17 November 2010

selamat bercuti

selamat bercuti sekolah kepada semua pelajar di Malaysia terutama pelajar tingkatan 1,2,3 murni (alumnimurni) smk raja tun uda. isilah masa cuti ini dengan aktiviti berfaedah  dan berguna. blog alumnimurni ini akan terus dikemaskini seperti biasa. teruskan juga mengikuti kami di facebook,twitter dan wordpress.

Isnin, 15 November 2010

AIDILADHA

selamat menyambut adidiladha 1431hijrah,2010masihi kepada semua umat islam di seluruh dunia.

Jumaat, 12 November 2010

jamuan bersama pn.pengetua

Pada isnin ini (16 November 2010) jamuan bersama pn.pengetua (PN.Hjh Wan Lijah BT.Wan Daud) akan diadakan.Jamuan ini dianjurkan oleh pn.pengetua sendiri untuk meraikan kemenangan kelas 3 murni yang memenangi kelas terbersih keseluruhan.TAHNIAH diucapkan kepada semua pelajar 3 murni yang memberi komitmen untuk memastikan kelas 3 murni sentiasa ceria dan kemas.TAHNIAH diucapkan kepada ajk kelas terutama ketua kebersihan Nur Mohammad Ehsan yang menjalankan tugas dengan cemerlang.Walaubagaimanapun lokasi jamuan masih dirahsiakan untuk memberi kejutan kepada pelajar.Pelajar diminta berkumpul di sekolah seperti biasa.